Kembali ke sekolah.

11 06 2012

Selamat kembali ke sekolah setelah 2 minggu cuti sekolah. harap semua kembali dengan selamat.

Advertisements




Cuti Sekolah

23 10 2011

Lengang rasanya sekolah bila murid dan guru bercuti selama seminggu sempena depavali. Walau apa2 pun, selamat bercuti dan semoga murid dan guru selamat bersama keluarga tercinta. Semoga semuanya selamat hendaknya. Hapy Depavali!





Test

20 10 2011

Testing.





Cahaya Mata Pn Haslinawaty

2 03 2011

Tahniah kepada Pn Haslinawaty dan Suami tercinta apabila beliau telah selamat melahirkan cahaya mata pada 26hb Februari 2011 yang lepas. Tidak lupa juga pihak sekolah mengucapkan selamat bercuti bersalin selama 3 bulan kepada Pn Haslinawaty. Tahniah. =)

 





Latihan Olahraga

23 02 2011




Majlis Persaraan Tn Hj Shahrom Bersama Kakitangan SK LKTP Ayer Hitam

21 02 2011

Setelah persaraan Tn Hj Shahrom disambut oleh pelbagai pihak termasuklah Guru Besar Daerah Kluang, PIBG, Murid-murid SK LKTP Ayer Hitam, tiba masanya untuk warga SK LKTP Ayer Hitam menyambut persaraan Tn Hj Shahrom bagi menunjukkan tanda penghargaan yang tidak berbelah bagi atas kasih sayang yang telah dicurahkan selama berkhidmat sebagai Guru Besar di SK LKTP Ayer Hitam. Majlis ini disertai oleh Pengerusi PIBG, Pengurus FELDA, Wakil Bank Rakyat ,Zila Ent (Taman Gembira), Guru-guru, Kakitangan Pejabat, Pekerja Swasta dan juga Pihak Kantin. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan dari Pihak SK LKTP Ayer Hitam kepada Tn Hj Shahrom.





Sambutan Maulidur Rasul 2011

14 02 2011

Maulidur Rasul adalah Hari menyambut Kelahiran Nabi Muhammad SAW. Setiap tahun Umat Islam akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

 

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

 

Pelbagai majlis telah disusun, Semua Umat Islam dijemput hadir untuk bersama2 memeriahkan dan mendapat kelebihan dari majlis yang akan diraikan.

http://pdnj.johordt.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=215:majlis-sambutan-maulidur-rasul-daerah-kluang-2011&catid=37:list-pengumuman – Kluang

http://www.pdnj.johordt.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=217:maulidur&catid=37:list-pengumuman – Batu Pahat

http://adun.johordt.gov.my/index.php/semarang/2011/02/11/sambutan-maulidur-rasul-1432h-peringkat-2011 – Ayer Hitam

Bersama memeriahkan sambutan mulia ini. Salam Maulidur Rasul kepada Semua Umat Islam Ikhlas dari SK LKTP Ayer Hitam.

Pandangan Pakar Dunia Terhadap Nabi Muhammad